Keluaran dan sambutan Suami_Aku_Ustaz_(filem)

Tayangan

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 19 April 2015.Video The Making Of (TMO) telah dimuatnaik ke Youtube pada 8 Mei 2015. Jualan tiket awal telah dilakukan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lmupur (PBAKL) 2015. Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 5 Mei 2015.[13][14] Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.[15]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Mei 2015.

Ulasan

Rata-rata ulasan bagi filem ini ialah positif. Kebanyakkan ulasan memuji keserasian dua pelakon utama ,Ady Putra dan Nora Danish manakala kritikan kepada plot penceritaan yang longgar. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji lakonan Nora Danish yang disifatkanyya, "...lain daripada yang pernah dijayakan sebelum ini."[16] Rozaimi Zubaidi dari mStar pula memuji mesej yang dibawa di dalam filem ini.[17] Portal hiburan Murai.com.my pula memberi kredit kepada kedua-dua pengarah, Ghaz Abu Bakar dan Ady Putra kerana berjaya mengadaptasikan filem ini dengan jayanya.[18]Portal hiburan Extra Tonton memberi ulasan filem ini mempunyai banyak lompong yang sepatutnya diperbaiki terlebih dahulu.[19]